Tuesday 17 January 2012

.: secebis kasih ibu :.

duhai ibu...
anakmu kini sedang berada jauh..
sedang berjuang di medan ilmu..
meninggalkan ibu bersendirian disana..
apa yang ibu sedang buat ya sekarang?
rindu rasa hati anakmu ini...
terbayang-bayang kelibat ibu didapur sedang mengerah tenaga..
memasak,membasuh, menyapu, menyidai...
itulah rutin harian ibu yang biasa anakmu ini lihat ketika dirumah..
kini, kelibat ibu tidak ada lagi didepan mata, apatah lagi bayang-bayang..

duhai ibu..
rindu rasa hati anakmu ini tidak terkira lagi..
sayu bila mendengar suara ibu di telefon bertanyakan khabar...
tenang bila mendengar ibu memberi kata-kata taujihat untuk anakmu meneruskan perjuangan disini..
saat ibu senyum dan tergelak membuat hati anakmu ini semakin rindu...
sempatkah anakmu ini pulang berjumpa ibu nanti? 
sempatkah anakmu ini pulang dan mencium tangan mulus ibu, mencium pipi dan dahi ibu?

duhai ibu..
teringat saat terakhir sebelum anakmu kesini..
pelukan dan ciuman terakhir dirumah..
sebelum anakmu berangkat dan menaiki bas..
dalam bas , terkenang ibu..
nasi yang ibu bekalkan saja sebagai pengubat rindu saat itu..
menangis dalam hati pun tidak akan merubah apa-apa,ibu..

duhai ibu..
acap kali anakmu ini melihat ibu bekerja..
siang malam masih membanting tulang..
kasihan melihat ibu..
adik-adik lain masih kecil..
tidak boleh lagi membantu ibu..
sedih apabila mengenangkan saat anakmu ini tiada dirumah nanti..
siapa yang akan membantu ibu?
siapa yang akan mendengar rintihan hati ibu?
ibu keseorangan disana..
kalau ibu sedih, ibu akan sedih berseorangan..
tiada siapa menemanimu ibu..
anakmu ini sedia apa sahaja untukmu,ibu..
anakmu ini anak yang taat segala kata-kata ibu..
anakmu ini ingin menjadi anak yang soleh solehah,ibu..
percayalah..
percayalah ibu..

duhai ibu..
perjuangan anakmu disini belum selesai..
anakmu tidak boleh pulang selagi harapan ibu tidak lagi terlaksana..
anakmu ini berjanji akan menggenggam teguh sebuah kejayaan..
anakmu ini berjanji akan membanggakan ibu suatu masa nanti..
doakan kejayaan untuk anakmu ini,ibu..
biarlah ibu menangis dengan kejayaan anakmu ini..
jangan ibu menangis dek dosa dan kesilapan anakmu..
kerana tangisan dosa bisa menghumban anakmu ini ke neraka Jahannam..

duhai ibu..
andai satu masa anakmu ini sudah berjaya menjadi manusia berguna..
akan anakmu balas segala titik peluh dan jasa ibu..
walaupun tidak akan pernah sama dengan getirnya saat ibu melahirkan anakmu ini dulu..
walaupun saat itu ibu sedang bertarung nyawa..
semata-mata untuk melahirkan anakmu ini..
jika ibu kejam, anakmu ini tidak akan wujud didunia..
namun, ibu sungguh mulia..
saat anakmu ini lahir merupakan saat paling menggembirakan ibu..
tidak seharusnya anakmu ini membalas kemuliaan ibu dengan kehinaan sikap dan akhlak anakmu..
tidak seharusnya anakmu ini membalas jasa-jasa ibu selama ini 
dengan hanya bersikap acuh tak acuh pada ibu..
hampir 20 tahun ibu menjaga dan mendidik..
anakmu ini berjanji akan membalas segalanya..
segalanya..ibu..


duhai ibu..
warkah ini sebagai penyejuk hati anakmu ini..
kadang anakmu ini nakal..
bila ibu minta buat sesuatu, mula bagi alasan..
minta maaf ibu..
bila ibu menasihati, mula buat muka dan mengeluh..
minta maaf ibu..
bila ibu marah, kata ibu benci dan tak sayang..
minta maaf ibu..minta maaf ibu..

ibuku sayang..
anakmu ini sayang akan ibu..
kerana ibu begitu mulia..
hingga saatnya nanti anakmu ini pulang..
terubat rindu pada ibu..
Ya Allah Ya Tuhanku..
ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dan sayangi 
mereka sebagaimana mereka menyayangi aku sewaktu aku masih kecil..aminn..


tunggu ibu..
anakmu ini akan pulang nanti..
tunggu..


* dedikasi buat ibu tercinta.. ^_^

Nik Latifah binti Nik Wajis



:: Laa haulawala quwwata illah billahil 'aliyyil 'aziim ::
~ be a professional for ad-deen ~

No comments:

Post a Comment