Monday 13 June 2011

:: akidah yang satu,agama yang satu ::

kelas tutor akidah malam ini lebih kepada pembentangan berkenaan dengan tajuk2 awal dari buku akidah. grup ana menjadi grup pertama untuk membentangkan, bermula dari m/s 1 hingga 5 sahaja manakala grup2 lain akan menyambung mukasurat yang lain. skop yang disentuh kami adalah berkenaan dengan pembahagian akidah dan Islam. Seusai kami membentangkan,dan tiada sahabat2 lain yang bertanya,maka Al-Fadhil Ustaz Salman bangkit untuk menerangkan dengan lebih jelas berkenaan skop yang telah kami bentangkan.
"didalam perbincangan berkenaan dengan agama,tiada istilah agama2 samawi",Ustaz Salman membuka bicara. ana yang sebelum ini tdak pernah mendengar bahawa 'tiada istilah agama samawi' tekun mendongakkan muka menyelusuri segenap wajah Al-Fadhil Ustaz untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Ustaz pun menyambung tutur,"yang ada cuma yang dikatakan syariat,dimana wujud banyak syariat2,syariat samawi pada zaman nabi2 sebelum Nabi Muhammad s.a.w..seperti kini kita ada syariat Islam yang kita wajib patuh akan segala perintah yang ada didalam syariat Islam. syariat2 yang ada sebelum kedatangan syariat Islam adalah syariat2 tertentu yang ditujukan untuk kaum2 tertentu & pada zaman tertentu,tidak seperti syariat Islam yang sesuai untuk semua zaman, semua manusia & semua tempat".
pembawaan agama yang dibawa oleh nabi2 sebelum Nabi Muhammad s.a.w adalah atas pegangan tauhid yang sama iaitu percaya pada Tuhan Yang Satu iaitu Allah s.w.t namun yang membezakan kita dengan umat2 terdahulu adalah atas beza syariat yang didedahkan. "agama yang dibawa tetap sama,cuma syariat yang membezakan" ,tekan Ustaz. sahabat2,ana cuma ingin mengingatkan diri ana & sahabat2 bahawa pegangan akidah kita adalah satu,menghubung & mengikat hati kita dengan segala rukun2 Iman yang kita telah belajar sejak dari kecil lagi.rosak pada akidah,maka rosaklah iman,bila rosak iman,rosaklah jiwa2 manusia itu. sebab itu ana nak tekankan isu berkaitan akidah umat Islam sangat2 penting untuk diambil berat,kerna isu2 ini sudah menjadi 'adenovirus' buat umat Islam. umat Islam diancam dengan isu2 khilafiyyah yang serius & boleh mengundang sengketa sesama umat Islam. bahana syiah cukup membahayakan,apatah lagi aliran Wahabiyyah yang dikatakan sebagai 'golongan Salaf moden' kini, memutarbelitkan pegangan akidah umat Islam,hasilnya ramai umat Islam terjerumus ke lembah kehinaan yang dahsyat,mereka dikaburi debu2 kejahilan & dengan mudah mereka mengubah ajaran Islam yang sebenar mengikut hawa nafsu sendiri.
sedarkah sahabat2 akan isu ini?? ana bukanlah seorang yang arif dalam berbicara sepertimana bicara para ustaz2,ana bukanlah seorang yang mengaji agama seperti ilmu2 pengajian pondok,tapi ana sedar isu khilafiyyah yang berlaku dikalangan umat Islam kini semakin menjadi2 tatkala sebaran aliran sesat ini meracuni pemikiran mahasiswa/i IPTA/S yang cerdik pintar. mereka disumbat dengan pegangan akidah yang serong dan hasilnya segala perkara2 pembaikan kearah membentuk akidah yang jitu n unggul serta tulen dipandang sebagai bid'ah dholalah. malah terus meng'kafir'kan dan me'masuk neraka'kan sesetengah pihak yang cuba mengatasi golongan ini. 
ana rasa setakat itu dahulu tinta ana buat posting kedua ini,semoga apa yang ana cuba sampaikan dipahami oleh sahabat2 yang membaca. ana sayangkan umat Nabi,Nabi juga terlalu sayangkan umat baginda. "ummati,ummati,ummati...". sayu suara Rasulullah s.a.w menyebut gelaran kita,umat baginda. sama2lah kita renungkan bersama. Wallahu'alam.

:: Laa haulawala quuwataillah billahil 'aliiyyil 'aziim ::
~be a professional for ad-deen~

1 comment:

  1. erpeganglah Kepada Aqidah Yang Satu dan Jangan Berpecah Belah Yang Akhirnya Membuatkan Masing-Masing Berbangga dengan Kumpulan Mereka

    Allah berfirman:

    وَإِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَأَنَا۟ رَبُّڪُمۡ فَٱتَّقُونِ , فَتَقَطَّعُوٓاْ أَمۡرَهُم بَيۡنَہُمۡ زُبُرً۬ا‌ۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡہِمۡ فَرِحُونَ

    "Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing)" [Al-Mukminun 23:52-53]

    ReplyDelete